// Strawberry Cupcake


Assalammualaikum
This is Cha Illa berry bloggie


► My Biography
► My Stuff
► My Friends
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una


Older Post
Cinta yang berupa awan hitam !
Sunday, February 26, 2012 | 12:08 PM | 2 Sweet Cupcake
بسم الله الرحمن الرحيم , السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته



straight to the point okay ?
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman : (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
 Ini sebuah monolog fiksyen yang hadir dalam hati . Di kala encik hati sedang mengusik pipi lelaki itu , dia memandang tenang ke langit . Langit biru yang sentiasa memberi lambaian , menenangkan jiwa-jiwa di dunia dengan kanvas yang dinukil oleh pelukis yang maha bijaksana . Burung-burung yang biasa terbang dekat dengan permukaan langit itu sahaja yang tahu berzikir selalu , juga manusia yang tinggal di atas bumi yang selalu rindu kepada tuhannya .
Hati memulakan monolog, mahu bertanya. Lelaki itu tenang-tenang menutur kata memberi izin. Hati yang malu-malu melontarkan limpahan soalan. Ia bukan limpahan sebenarnya, soalannya cuma satu. Tetapi soalan itu sangatlah besar maknanya sehinggakan sebuah empangan jawapan tidak mencukupi untuk menjawab satu soalan manis itu .
Lelaki itu memberi senyum. Senyum yang orang baru usai menatap mahakarya agung tuhan yang kekal abadi. Cinta itu seperti apa ?
Cinta itu segumpal awan hitam. Awan hitam yang gumpalannya besar dengan gelap warnanya yang terapung di langit yang biru .
Apabila datang awan hitam itu di atas kepala seseorang di kala langit yang cerah birunya. Ia memberi kita rasa resah gelisah. Adakah awan hitam itu mahu menurunkan hujan ataupun kilat yang sabung menyabung. Itu terpulang kepada tuhan yang memberi izin. Ya, itu pasti. Dengan turunnya hujan, cinta kita kepada seseorang itu terbalas manakala kilat yang bising itu, menghancurkan hati kerna cinta yang diberi, telah ditolak .
Itulah yang terjadi tika seseorang itu bercinta kepada pasangan fitrahnya. Awan hitam akan mengikutinya di atas kepala. Sehinggalah satu jawapan itu keluar, sama ada membasahi kepala dengan turunnya hujan atau meluruhkan jantung dengan dentuman kilat yang bising . awan hitam itu akan beredar dengan sendiri meresapi dalam hati .

namun , di saat orang itu dipanah cinta , awan hitam yang mengekorinya akan sentiasa memberi redup kepada kepalanya ; memberi harapan yang orang itu akan ada niat yang sama juga , berdoa meminta kepada tuhan supaya air rezeki itu turun dengan lebatnya diikuti pelangi yang memberi tujuh warna spektrum .
Encik hati mengangguk-angguk. Ada sedikit kagum yang dipamerkan. Cinta itu seperti awan hitam yang sentiasa mengekori manusia itu . Adakah mesti hujan itu turun atau kilat datang, Itu urusan peribadi tuhan yang maha tunggal .
Kamu tahu apa yang lebih indah selain daripada mengharapkan hujan turun daripada awan hitam itu? ianya dengan berharap awan hitam itu akan lesap tanpa turunnya hujan dan kilat yang berdentum .
Encik hati berasa aneh sekali. Pusaran persoalan mula bermain di mindanya. Kerutan beribu tanda soal jelas menjadi pameran .
Tika awan hitam itu turun meredup atau cinta yang hadir dalam hati seseorang, dia akan sentiasa berharap supaya hatinya dapat memberi bisikan harapan kepada si dia ; terimalah hati ini dan jadikanlah aku kekasihmu. Penantian itu akan berlalu lama hanya disebabkan hati yang malu-malu meluahkan perasaan kepada si dia .
Malu meluahkan perasaan itu satu penyeksaan. Itu jelas sekali dalam setiap lagu cinta yang diputar di media massa . Penyeksaan itu akan berlanjutan dengan terpendamnya perasaan itu yang buatkan awan hitam itu sentiasa mengekori kita, mencipta harapan ; sukalah aku, sukalah aku, sukalah aku .
Namun, jika dipendam terlalu lama juga , muatan di dalam awan hitam itu juga akan muntah dengan sendirinya. Bukankan hujan yang hadir, sebuah ribut taufan yang merosakkan ekosistem. Hati dimabukkan dengan cinta yang sentiasa terpendam, sehinggakan tiada lagi tempat dalam hati itu untuk diisi oleh pemilik hati yang agung .
Hati yang diberi oleh pemilliknya , lalai dan alpa dengan kemabukan daripada cecair alkohol bergelar cinta . namun , untuk melarikan diri daripada kemabukan badai itu , perlukan larian yang padu , mengelak awan hitam itu hadir memberi redup atas kepala .
Itu kerja mustahil kerna itu kerja tuhan. Tidak boleh larikan diri daripada cinta, malah kita yang kena mengejar cinta itu. Bagaimana ? awan hitam itu sudah pun di atas kepala, bagaimana mahu mengejar cinta itu lagi ?
Dengan melompat dan memegang awan hitam itu. Aneh. Ia aneh. Dengan cara melompat dan memegang awan hitam itu, engkau akan dapat melihat wajah pemberi cinta yang hakiki. Dengan merenung cinta yang hadir di kala engkau sedang melihat pasangan fitrahmu , renung sekali dan beri renungan yang lama-lama kepada pemilik hati ini. Fikir dan fikir mengapa cinta itu perlu datang .

Kerna tuhan mahu tahu yang cinta yang Dia beri itu bukan untuk engkau mabukkan sendirian dan mabukkan berdua-duaan. Ia sebuah hadiah untuk engkau sempurnakan agama dalam mengenal siapakah pencipta di sebalik awan hitam itu. Awan yang memberi rasa pelbagai ; rasa resah gelisah , rasa harapan dan rasa manis yang banyak .
Pegang awan hitam itu usai engkau melompat. Pegang baik-baik awan itu. Lihat apa yang di atas awan itu, disebalik redupnya awan hitam, engkau melihat wajah tuhan yang memberi senyum untuk manusia yang berfikir dan beryukur dengan pemberian itu ; sebuah hadiah yang berupa manis dan comel untuk engkau sentuh dan bernafas. Untuk mengajak engkau kenal denganNya. Pemilik awan hitam yang redup .
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) dekat (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Al-Baqarah , ayat 186
Jika engkau mendapat turunnya hujan ,
Biarkan hujan itu turun membasahi bumi dengan warna pelanginya yang kekal ,
Tetapi itu fenomena mustahil kerna pelangi itu akan luntur warnanya ,
Luntur warnanya disebabkan suria yang menjengah ,
Suria cantik yang mampu memberi cinta ,
Namun itu tidak kekal dan ia bergantikan dengan sinar gemerlapan bulan ,
Itu juga bukan cinta kerna putih bulan itu tidak kekal ,
Bagaikan Ibrahim yang sedang merenung atas ,
Cinta yang sebenarnya ada disebalik langit yang luas ,
Bagaikan hati rabiatul adawiyah yang kaya dengan tanah di dahinya ,
Mengenal tuhan , pemberi cinta dan pemilik hati .