“Berkata Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, Allah s.w.t. tidak melihat (secara kasihan belas) kepada mereka yang memanjangkan kain pakainya (yang di bawah) secara takabbur.
Perubahan hadith
Kemudian berlaku perubahan dalam hadith kain labuh dan ia tidak menyebut perkataan “takabbur”. Larangan itu ditujukan untuk semua yang memakai kain labuh, tidak kira samada mereka berniat untuk menunjukkan kekayaan atau tidak.
Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, kain (bawah yang labuh melebihi) dua buku lali, ia dalam api (neraka)
Niat tidak menghalalkan cara
Pada zahirnya mereka yang memakai kain labuh adalah sama, walaupun niat mereka mungkin berbeza. Sepertimana penggunaan perkataan “Raaina”, yang dilarang walaupun ia mempunyai maksud yang baik disisi umat Islam:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: “Raaina”, (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: “Unzurna” ….
Niat yang baik tidak dibolehkan dalam perkara yang dilarang misalnya meniduri pelacur untuk membantunya dari segi kewangan. Begitu juga dalam hal memakai kain labuh. Telah disebut dengan jelas dalam hadith bahawa buku lali dan pemakainya akan memasuki neraka.
Larangan khusus dalam sembahyang
Larangan ini juga disebut secara khusus bagi mereka yang bersembahyang.
Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya Allah swt tidak terima solah seseorang lelaki yang melabuhkan kain (bawahan)nya.Kebanyakan ulama berpendapat lelaki yang bersembahyang dengan memakai kain menutupi buku lali tidak diterima sembahyangnya. Cuma seorang ulama dari India berpendapat bahawa “tidak diterima solah” itu bermaksud “tidak diterima untuk diberi pahala penuh”. Oleh itu berhati-hatilah agar sembahyang kita diterima Allah s.w.t.